Monday, October 15, 2012

minggu 14

mgtt 9.10.2012
puasa   : 6.1
lepas   : 6.4

Bp 16.10.2012
jam : 9.00 pagi   : 108/96
jam : 10.30   : 130/90

berat : 4.10 : 90.5
berat:  16.10 : 90.8

natijahnyer kena buat bp test dari 17.10/ 18.10/ 19.10/21.10/ 23.10

23.10 jum lagi doktor.


 bbaby sihat dan aktif baru 80gm....

Sunday, September 23, 2012

SeLaMaT DaTaNg ChInTa

alhmdulilah bersyukur kepada Allah yang maha Esa masih lagi dapat bernafas dan menghirup udara yang nyaman di pagi hari...

Selamat datang chinta... hadirmu seumpama mutiara di lautan yang dalam......

secantik dan sebersih pasir putih di pantai......

masih terasa degupan jantungmu dalam rahim ku...

kita akan terus bersama sehingga ke akhirnya... kuat menghadapi dugaan  bersama.

love you... muaaahhhh


Wednesday, September 19, 2012

Diet & Pemakanan Sewaktu Hamil



Diet & Pemakanan Sewaktu Hamil
Panduan Ibu Hamil
Makan Dengan Bijak & Selamat

Sebaik - baiknya, makanan yang mampu dicerna oleh janin seharusnya diberi keutamaan, melainkan ia benar – benar berkualiti baik. Oleh itu, anda perlu menyediakan diri anda dengan pelbagai maklumat yang paling utama mengenai pemakanan seimbang selama tempoh hamil. Juga, pastikan makanan yang anda makan benar-benar serasi bagi anda dan si kecil. Dengan begitu, janin akan membesar dengan sihat. Bukan itu sahaja, kesihatan ibu yang hamil juga tetap terjamin.

Apakah makanan seimbang yang sesuai sewaktu hamil?

Sejak di awal kehamilan, sebaiknya anda (ibu hamil) menjaga kualiti dan kuantiti makanan yang disediakan.
Dan perlu ketahui juga, anda memerlukan tambahan kalori, protein, vitamin, dan mineral. 
Kenapa? Ia adalah untuk kesihatan si kecil dan juga anda.
Semasa hamil, paras kalori anda perlu ditambah lagi pada peringkat ke-2 dan ke-3. Biasanya, sekitar 285 kcal/hari. Bagaimana dengan protein? Pada kebiasaannya anda hanya memerlukan sebanyak 48 g sehari, tetapi, sewaktu hamil ia harus ditingkatkan kepada 12 g / hari. Begitu juga dengan vitamin dan mineral . Contohnya, asid folik yang tadinya cukup 150 mg/hari, perlu ditambah lagi sekitar 150 mg/hari. Kelihatannya agak rumit ya? Oleh itu, sebaiknya berbincangah dengan doktor anda untuk mengira jumlah zat pemakanan yang harus anda ambil ketika saat kehamilan. Anda juga boleh mengatur keperluan jadual pemakanan anda sewaktu hamil berdasarkan konsep pyramid makanan. Mengikut konsep piramid makanan, semakin ke bawah, semakin besar keperluan yang harus anda penuhi setiap hari.

Lihat pada Piramid Makanan di bawah, urutan keperluan dari atas ke bawah adalah:
_ Lemak dan gula (secukupnya saja)
_ Susu, yogurt, dan keju (2-4 hidangan/hari)
_ Ikan, daging (sapi, ayam), telur, dan sumber protein lainnya (2 hidangan/hari)
_ Sayur dan buah-buahan (4-5 hidangan/hari)
_ Roti, serealia, nasi, dan pasta (4-6 hidangan/hari)
Satu perkara yang anda perlu ketahui, janin anda akan sentiasa menyerap zat-zat yang diperlukan daripada
tubuh anda, oleh itu, jika tubuh anda kekurangan zat yang tertentu, ia akan memberikan kesan kepada diri
anda dan tidak mustahil juga kepada janin anda. Contohnya, janin akan sentiasa mengambil kalsium yang
tersedia ada di dalam tulang anda , oleh itu apabila tubuh anda kekurangan kalsium, anda mungkin akan
mengalami kerapuhan tulang atau osteoporosis kelak.

Satu perkara lagi yang perlu anda ketahui, keperluan zat pada setiap peringkat kehamilan adalah berbeza beza.
Mengapa? Ini kerana, ada zat yang amat diperlukan oleh janin anda secara optimun pada usia
tertentu.

Peringkat ke-1:
Peringkat awal bagi pembentukan organ janin (sistem saraf, otak, jaringan, otot, dan sel-sel darah) dan pembentukan plasenta. Jadi, selain memerlukan makanan yangi seimbang, jangan abaikan keperluan tubuh anda yang memerlukan protein, asid folik, zink, dan zat besi. Perlu diketahui, selain zat besi, hati juga mengandungi vitamin A yang tinggi, ini boleh menyebabkan kesan sampingan kepada bayi dan mungkin akan menyebabkan bayi yang lahir cacat. Oleh itu, elakkan memakan hati, khususnya di peringkat ini.

Peringkat ke-2:
Masa pertumbuhan janin dan plasenta, serta pertambahan volume darah. Jangan lupa, pengambilan protein, kalsium dan zat besi mestilah mencukupi.

Peringkat 3:
Masa untuk mengoptimunkan pertumbuhan otak janin, perlu bersiap sedia untuk persalinan dan
menyusukan bayi. Sekarang, tubuh anda perlu cukup zat besi, kalsium, vitamin B6, dan asam lemak omega-3 (misalnya, dari salmon dan tuna).

perkembangan....

assalamualaikum ..... dan selamat pagi baby.....

hari ini alhamdulilah Ummi bangun dengan keadaan lebih sihat cuma masih mabuk dan masih tak boleh menghidu bau-bauan yang kurang menyenangkan..... Ummi pun dah start minum susu untuk bekalan kalsium tambahan untuk kita berdua.....

semalam indah.... harap hari ini juga indah.... insyaAllah

Ummi dapat merasakan kehadiran mu dalam diri ini, kenapa? kerana setiap kali ummi melakukkan gerakan yang pantas pasti kamu akan memberikan "alarm" sebagai amaran ...... hahahahahahaha macam kelakar kan bunyinya tapi itu lah yang berlaku sekarang.... dan pasti ummi kan cakap "sorry baby ummi nak cepat, ok ok ok..... ummi buat slowly..."

Setiap kali kaki ini melangkah terasa nafas seperti tidak cukup sampai ke paru-paru, terasa jantung begitu cepat mengepam darah.... tapi tak boleh kalau tak berjalan banyak nanti lagi  malas dan pastinya berjalan itu satu senaman ringan yang baik untuk kita berdua....

oh ya .... sebelum Ummi terlupa... semalam walid ade cakap yang walid cari baby tapi degupan jantung baby sangat perlahan, Ummi tak tahu kenapa... tapi Ummi rasa mungkin jantung baby masih terlalu kecil untuk mengepam darah.... baby mesti kuat.... Ummi pun akan kuat juga....

ok lah.... Ummi dah nak start buat keje,  Love you..... 




Tuesday, September 18, 2012

1st USG





Terima Kasih Allah di atas rezeki mu.... 4 tahun  kami menunggu berita gembira, meski pun rawatan dari HSI hanya bermula pada bulan February 2012, tapi kami amat bersyukur dengan nikmat ini. Aku bersujud syukur di atas rezeki mu.....






akhirnya ku percaya yang di dalam rahim ku tika dan saat ni  telah ade degupan jatung si kecil.

Saat ummi letakan bacaan ayat alquran ummi percaya baby telah mula berinteraksi semakin pantas jantung si kecil ini berdegup mengikut rentak alunan ayat suci alquran.....

setiap kali walid letakkan tangan dan membelaimu,  ummi dapat rasakan degupan jatung mu semakin laju....

Ummi dan Walid really happy to hear the heart beat from you.....

kami berdua berdoa semoga baby kekal sihat.... ummi berjanji akan sentiasa menjaga diri dan baby sehingga akhir hayat kami.

both of us love you so much............. be a good muslim/muslimat... soleh dan solehah

kepada Allah kami serahkan, kekalkan lah rezeki ini untuk kami...... amin

bermula lembaran baru dalam hidupku dan suami

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang....
aku berlindung di bawah payung kebesaran mu....

tidak dapat ku gambarkan bagaimana perasaan saat aku ketahui bahawa AKU SUDAH DISAHKAN MENGANDUNG.....

Bermula dengan sakit yang datang tanpa diundang seminggu (11/08/2012) sebelum umat islam meraikan HARI RAYA AIDILFITRI pada tahun ini 1433H .

tanpa perasangka aku melalui hari-hari yang mendatang dengan rutin harian biasa walaupun aku sebenarnya telah menyedari yang diriku telah pun mula mabuk dan mengalami gelaja-gejala awal kehamilan.

aku hanya membiarkan sahaja hari berlalu tanpa sebarang rawatan sampingan kerana aku beranggapan hanya sakit dan demam biasa sahaja.

Tibanya hari yang dinantikan 19/08/2012 dengan riang dan gembira semua umat islam di serata dunia meraikan sambutan AIDILFITRI setelah sebulan berpuasa.

Aku masih seperti biasa tiada selera makan, mabuk, pening kepala terasa badan tersangat letih dan tidak bermaya. Mak hanya memerhatikan tinggahlaku ku, mak hanya bersuara "kenapa muka nampak pucat" aku hanya menjawap "tak sihat lah mak".

aku mula merasakan perubahan di sekitar payu dara yang terasa membengkak dan sakit bila tersentuh, kebiasaanya perkara ini berlaku sekiranya aku akan datang haid. Sepanjang pengamatkan aku baru sedar yang aku telah berpuasa penuh RAMADHAN kali ini, alhamdulilah. Jadi tidak hairanlah kalau mula mengalami simpton kedatangan haid. sekali lagi aku membuat spekulasi.

andaian itu semakin meleset apabila tiba bulan September, keadaan mabuk yang aku alami semakin menjadi-jadi, mula muntah-muntah, dan hilang selera makan. suami ku mula rasa ada semuatu yang tidak kena dan menyarankan aku ke klinik, tapi aku tetap berdegil dan mengatakan bahawa perutku hanya masuk angin.

pada 10/09/2012 telah berlangsung jamuan PORT LUCK di pejabat tempat aku bekerja, setiap kali aku lihat makanan aku mula mual dan loya sehingga airmata mengalir seperti org menangis. kawan-kawan sepejabat meminta aku berehat dan jangan banyak bergerak kerana mereka juga perasan perubahan pada diri ku.

Keesokan harinya aku mendaftarkan diri ke klinik penal yang berhampiran dengan pejabat aku, doktor telah menyatakan yang aku demam dengan suhu 36.3 dc. Medical leave untuk dua hari dan aku berehat sahaja di rumah.

masa berlalu begitu pantas, tapi aku masih lagi mengalami simpton yang sama berulang-ulang kali, hairan betul. tapi aku masih seperti biasa.......

pada 15/09/2012 aku telah ke Singapura untuk menjalankan tugas bersama majikan ku kerana ade majlis pembukaan projek rumah terbaru. aku dengan gagah mula mengangkat dan memindahkan kotak-kotak yang berisi file-file yang berat sebenarnya tapi aku memang "selamba" je buat kerja macam  org sihat walaupun sebaliknya.

Pada 16/09/2012 hari 1Malaysia aku telah berkunjung ke rumah mak di Skudai, kebetulan kak ku yang tinggal di UDA Utama juga berkungjung ke rumah mak dengan anak-anak nya... lama sungguh tak berjumpa dengan mereka....

kali ini aku telah dinasihatkan oleh Kakak dan abg iparku agar mula membuat test. mereka sarankan buat pregnancy test dulu kalau negative boleh mula langkah yang lain. tapi kalau positive alhamdulilah dan mula berjaga-jaga tentang kesihatan kandungan. Aku hanya diam membisu dan tunduk tanda setuju.

17/09/2012, aku masih merasakan simpton yang sama masih berulang, tetapi semakin berat kepalaku hendak diangkat, semakin mual dan memakin kerap aku loya sampai mula tidak boleh bau ayam goreng, minyak ikan goreng dan bau tumisan bawang putih, aku seperti ingin lari jauh2 dari bau-bauan itu... ohhhhhhh tidak.

Aku gagahkan diri kali ini aku nekad untuk membuat ujian kehamilan, sebenarnya aku telah membeli kit ujian tersebut dua minggu yang lalu tapi masih risau akan kegagalan.

akhirnya hanya dengan tiga titisan urine aku terkesima dengan keputusan "POSITIVE" dua line......... alhamdulilah, dengan suara yang hampir hilang aku memanggil suami ku, aku mengigil ketakutan dan aku hanya mampu menangis.....  


i'm crying..... Terima Kasih Allah, hanya padamu keserahkan segalanya.....


Monday, March 5, 2012

setelah seharian di perbaringan saya gagahkan diri mengadap laptop di malam2 hari ni..... 5/3/2012 jam 2.30 pagi mendaftarkan diri di unit kecemasan Hospital Sultan Ismail ..... itu pun (setelah bertarung hampir 2 jam dengan muntah dalam bilik air)... uruhhhhurgh...... rupa-rupanya bukan mudah nak register malam2 di hospital,
kebanyakkanye demam batuk selsema ade jugak yang kemalangan....


 seperti biasa yuran cuma RM1 entah kenapa malam itu saya hanya terfikir untuk ke hospital sehingga staff di HSI menyedarkan saya ade lagi hospital yang dekat " HOSPITAL WAKAF" yang lebih berdekatan......


apa2 pun.....semakin sakit perut semakin nak tertutup mata menahan sakit sesekali air mata mengalir menunggu dengan penuh sabar...... bile tengok orang lain lebih sakit dari saya, malahan terdegar jeritan dan tangisan kanak2... ohhhh sakitnyeee.... jam 3.00 pagi tekanan darah diperiksa.. alhamdulilah normal...... jam 3.30 pagi doktor memeriksa di bilik no.3, "ada demam, BP ok, saya bagi ubat tahan muntah, garam, panadol... jangan lupa minum air banyak & 100 plus..MC sehari...." terima kasih doktor... dengan menggunkan resit td pukul 4.00 ambil ubat di farmasi, sampai rumah pukul 4.30 pagi makan ubat terus tido... hanya sedarkan diri pada pukul 9.00 dengan kepala yang sangat berat dan perut yang masih sakit......... hari yang sangat-sangat mencabar

Sunday, February 26, 2012

Johore Bar Dinner and Dance


Acara Tahunan yang berlansung menjadikan kami lebih rapat antara ahli-ahli tidak kira yang telah "senior" atau yang masih "junior". Kebiasananya acara tahunan ini berlansung sehari sesudah "Annual General Meeting" mencapai matlamatnya.

Majlis dimulakan dengan Pertunjukan Fesyen oleh Model-model yang terdiri daripada ahli-ahli Johore Bar yang mengenakan Busana ala-ala HINDUSTAN....




makan-makan... setiap 1 hidangan cuma mengambil masa 10 minit sebelum pinggan diangkat.... ape lagi tak toleh kiri kanan... kita makan dulu yer.....kami dalam table yang same "table 19" hidangan chinese cuisine di Thistle Hotel Johor Bahru. kalau nak komen so far kira ok...ok je lah hidangan tu yang penting dah kenyang... alhamdulilah








sambil makan kami dihidangkan dengan persembahan tarian dari kumpulan Tarian Alif........





ucapan dari Yang Arif Tuan Vernon Ong mewakili Ketua Hakim Negara....



ini adalah antara Jelitawan-Jelitawan yang sempat saya terjah untuk sesi bergambar di akhir majlis kelmarin.... 






mereka berdua adalah senior saya di Pejabat dan merupakan antara kawan-kawan terbaek saya.




 gambar yang sempat saya rakam menjadi kenang kenangan














ribuan terima kasih kepada Faz Myra@facebook yang telah metata rias saya pada majlis tersebut... i like.. :)











sampai jumpa lagi tahun depan kalau panjang umur murah rezeki dalam lembaran "Dinner & Dance Johore Bar"... wasalam









Friday, February 24, 2012





Brokoli Goreng bersama udang

Bahan-bahan

1 pokok brokoli
10 ekor udang sederhana dibuang kulit
1 ulas bawang merah hiris halus
2 ulas bawang putih diketuk dan dicincang halus
1 biji lada merah dihiris halus
2 sudu besar minyak jagung untuk menumis
garam
serbuk perasa
1/2 sudu teh sos tiram

cara-cara

potong kecil brokoli dan rendam dalam air garam seketika
panaskan minyak tumiskan bawang putih hingga naik bau
dah boleh toskan brokoli
kemudian masukan bawang merah dan lada tumis sehingga layu sedikit
masukkan udang, biarkan seketika
kemudian masukan sos tiram dan garam secukup rasa masukkan brokoli
masak sehingga brokoli lembut sekiranya kering boleh masukkan sedikit air...

siap untuk dihidang


 

Pudding Caramel.... 

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 5 biji telur (A/B)
  • 3/4 cawan gula
  • 1 tin susu cair (ideal/dairy champ)
  • 3/4 tin air (mineral) (sukat mengikut tin susu cair)
  • 2 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar (rata) tepung aiskrim (perasa Vanilla)
  • Sedikit pewarna kuning
  • 3 sudu besar gula (untuk buat karamel)

Cara-cara

masukkan 3 sudu besar gula ke dalam loyang panaskan gula hingga cair (jangan terlalu hitam nanti karamel pahit) cukuplah hingga kuning keemasan

pukul telur dan gula hingga gula hancur (jangan terlalu kembang cukuplah sehingga gula hancur)

kemudian masukkan esen vanilla, susu cair, air gaul sebati masukkan pewarna kuning dan akhir sekali masukkan tepung aiskrim gaul sebati

tapiskan adunan cair tadi ke dalam loyang karamel.

Kukus 10-15 minit.

sejukan pudding baru di simpan didalam peti ais lagi sejuk lagi sedap.

bila hendak menghidang pastikan puding diterbalikkan ke dalam pinggan hidangan pastikan kedudukan karamel di bahagian atas....

boleh ditambah dengan buah-buahan campuran di dalam tin ketika menghidang... selamat mencuba.... 

 

 LAUK BERYANI KAMBING

Bahan-bahan ( 10-15 org )

1. Rempah beryani – RM5 (ikut berat daging) ( no kas-kas) banyakkan rempah ketumbar)  


  • 2. Bawang Merah (besar) – 5-10 ulas Dihiris halus (untuk bawang goreng)
  • 3. Daun Bawang - Dipotong 2 inchi
  • 4. Daun sup - Dipotong 2 inchi
  • 5. Daun Ketumbar - Dipotong 2 inchi
  • 6. Daun pudina 

  • 7. tomato buah - dipotong bulat2 

  • 8. Gajus - 100 gram digoreng
  • 9. kismis -100 gram digoreng
  • 10. badam -100 gram (direbus kemudian dibuang kulit)
  • 12. kentang -5-6 biji (direbus/kemudian dibuang kulit)
  • 13. buah berangan -100 gram (beli yang dah buang kulit)
  • 14. madu
  • 15. tomato puree 1 tin yang RM2.00
  • 17. tomato sos 1 botol besar (sederhana) Life
  • 18. 1 tin susu cair (carnition)
  • 19. rempah tumis
  • 20. minyak sapi -485 gram (ikut berat daging)
  • 21. Daging Kambing - 2 ½ kilo (dibasuh dengan tepung jangan dibiar lama dalam plastic)
  • Bahan Di Kisar –(kisar berasingan) 1. Bawang Merah (besar) 2. Bawang Putih 3. halia 4. lada hijau  
  • garam secukup rasa

Cara-cara

Rebus daging dengan sedikit (bawang putih, bawang merah, halia yang dikisar) sehingga empuk 


campur rempah beryani dengan bahan2 yang dikisar bersama tomato puree, dan sos tomato


 panaskan minyak sapi dalam periuk, tumis rempah tumis sehingga naik bau, masukkan bahan2 rempah tadi tumis sehingga garing perlahankan api



masukkan daging yang telah direbus gaul bersama rempah sehigga mendidih perlahan api masukkan daun pudina, badan gajus, kismis buah berangan, daun bawang, daun sup, daun ketumbar, tomato bulat, susu cair ¾ tin, madu, telor rebus dan kentang…. Bawang goreng….garam. biarkan mendidih.
TUTUP API....sedia untuk dihidang. boleh dimakan dengan pelbagai jenis nasi atau roti. yummmmmy





pengalaman pertama menjejakkan diri ke Klinik kesihatan 1 Malaysia.... dibuka bermula pukul 10.00 pagi dan ditutup pada pukul 10.00 malam. berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan... alhamdulilah dengan izin Allah penyakit gatal2 dan alahan saya beransur pulih dah tiada kesan-kesan merah pada badan......






kalau tadi saya bercerita tentang Klinik kesihatan 1 Malaysia, sekarang saya nak berkongsi tentang Kedai Rakyat 1 Malaysia... ini adalah antara barang-barang yang saya beli Kedai Rakyat 1 Malaysia.... antara usaha yang kerajaan Malaysia untuk mengawal harga barang-barang runcit dipasaran.... pelbagai barang yang ditawarkan antaranya :
beras
gula
sardin
milo
kopi
minuman berkarbonat
kordial
cereal
sabun mandi/basuh
tisu
ikan bilis
telur
ikan kering
laici dalam tin
roti
air mineral

banyak lagi barang-barang keperluan dengan harga yang berpatutan, saya dan suami berpendapat usaha murni ini wajar diteruskan dan banyak tambahkan lagi dengan pelbagai barang-barang keperluan yang lain.......




bercuti kerana melalui satu fenomena baru... setelah hampir empat tahun menunggu tanpa berlengah aku teruskan kaki melangkah ke HOSPITAL SULTAN ISMAIL 23/02/2012 result test masih lagi "negative" tapi usaha tetap akan diteruskan.... doa tetap akan dipanjatkan.... bukan gurauan bukan jenaka tapi aku masih berharap kehadirannya.......




temujanji seterusnya adalah pada 29/02/2012 test darah pulak........

Hanya Allah yang tahu biler, dimana, bagaimana rezeki itu akan diturunkan pada kita namun kita tak seharusnya berputus asa........

Tuesday, February 21, 2012

sambungan....

kedinginan air yang mencurah tadi cukup membuatkan diriku mengigil kesejukan, lalu aku capai baju kurung yang berona biru pekat lalu dengan mulaan "BISMILLAH" ku sarung ke tubuhku. Aku hanya mengenakan make up yang ala2 kadar saja untuk hari ini seperti kebiasaanye aku cukup dengan penampilan yang "simple" dan bersahaja. tanpa berlengah aku kenakan dengan selindang biru lembut ke atas kepala dan aku pin kan dengan brooch rama-rama putih. aku mulakan langkah pagi ini dengan senyuman untuk ke kedai Mak Bedah membeli sarapan. Warong "Mak Bedah" tidaklah terlalu jauh dari rumah ku hanya berjalan kami 5 minit sudah pun sampai. seperti biasa warung "Mak Bedah" menyediakan sarapan pagi yang mengiurkan.
"Assalamualaikum, Mak Bedah!" sapa ku dengan senyuman.

"Opocoooot, terperanjat mak nak, kamu ni kalau tak mengusik mak pagi-pagi ni tak boleh agaknye" abis terpercik sambal ikan bilis ke muka aku. sambil ketawa aku menyambut "alah nak manja-manja sikit pun tak boleh, alah abis muka kita kena sambal" jawap ku seakan merajuk " kalau mak ini ade sakit jantung dah lama dah aku tak meniaga, tak merasalah kamu sambal nasi lemak aku ini lagi, lambat hari ni kamu ke sini" Mak Bedah memberikan jawapan seakan memujuk. " sorry lah, Mak Bedah, sungguh saya tak nak buat lagi, tak pasal-pasal kena tempias sambal... wawawawawa pedas" "padan muka buat lah lagi" kak azy mencelah. tanpa segan silu Aku meyambung "baisalah mak Bedah hari-hari cuti ni lambat lah sikit bangun". Kak azy merupakan anak angkat Mak Bedah yang selalu menolong mak Bedah di warongnye. Tak larat katanya kalau meniaga seorang tak menang tangan nak mebungkus nasi lemak setiap hari. Warong Mak Bedah memang terkenal dengan nasi lemaknya yang harum dan sedap di tambah lagi dengan rasa sambal tumis yang pelbagai ada sambal ikan bilis, sambal kerang, sambal udang dan sambal kosong. kalau nak pilih boleh pilih dengan harga berpatutan. bukan hanya nasi lemak ade juga mee goreng, mee hoon koreng, lontong kuah kalau najk cerita satu hari pun tak abis.

"wah cantik anak mak ari ni, kamu nak makan ape, termenung pulak dia?" tanya mak Bedah selepas melihat aku termenung melihat makanan di atas meja. " hehehehehe....... ari ni nak makan lontong kuah dengan sambal kacang dan nak paru koreng" "ok siap lagi" "hemm.. nak nasi lemak biasa lah Mak Bedah untuk qaseh" dalam masa 2 minit semuanya telah disiapkan oleh mak Bedah. " terima kasih mak, esok jumpa lgi ek......saya pulang dulu" setelah membayar RM4.00 aku berlalu pergi. tak sabar rasenye aku nak makan sarapan pagi ni.

Wednesday, February 1, 2012

Kek Coklat Moist Kukus


Kek Coklat Moist ( Kukus)

Bahan-bahanya
2 ½ cawan tepung self raising
1 sudu kecil baking soda
1 cawan minyak masak jagung (daisy)
1 cawan gula halus
1/2 cawan susu pekat
2 cawan susu coklat (dutch lady/marigold)
1 cawan serbuk koko (van hauten pun ok)

3 biji telur
beberapa titik esen vanila
badam disangai untuk hiasan
Cara-caranya
1. Ayak tepung bersama serbuk koko, baking soda ketepikan. Panaskan pengukus.
2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.
3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu coklat, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. gunakan kaedah kaup balik.
4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet (saya beli kat tesco jerk), curahkan adunan di dalam acuan dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan, Selamat Mencuba.

*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 2 sudu susu coklat, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice/badam diatasnya.