Sunday, January 17, 2016

Permulaan yang indah 
semoga setiap yang dirancangkan akan membuahkan hasil yang lumayan sepanjang tahun 2016

Hanya yang terbaik utuk kita

Sunday, March 16, 2014

Daging masak kicap


resepi mudah nak masak DAGING MASAK KICAP...

Daging
4 ulas bawang putih
1 ulas bawang Merah Besar
1 inchi halia
3 batang lada merah
3 batang lada hijau
(kalau suka pedas boleh tambah cili padi)
sebiji kentang (potongan ikut suka)
Lobak merah
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
kicap masin
sos tiram
(bahan perasa kalau suka)
minyak untuk mengoreng
air

cara-caranya
-----------------
cincang halus bawang putih dan halia
bawang merah potong bulat
lada merah &hijau (boleh hiris/belah panjang)
masukkan minyak, tumiskan bawang putih sehingga naik bau dan masukan halia,
gorengkan daging bersama bahan tadi,
kalau nampak kering boleh tambahkan sedikit air (sebenarnya daging akan mengeluarkan air nanti, tapi kalau kering sangat boleh tambahkan air),
goreng sehingga daging sedikt kecut dan tambahkan air
masukkan kentang dan lobak merah
masak sehingga daging separuh empuk (air rebusan tadi mungkin akan mengeluarkan sedikit buih)
tambahkan air sekirannya daging masih belum lembut
masukkan sos tiram, gaul sebati, kicap, serbuk lada hitam lada bawang merah masak sehingga daging empuk, tutup api
kalau nak kuah banyak tambahkan air
saya suka yang agak pekat....

selamat mencuba

Wednesday, March 6, 2013

rahsia Allah,

hanya dengan izinya kita dapat melihat indahnya kejadian manusia yang tidak dapat dilihat dengan mata  kasar, betapa bersyukurnya menjadi manusia yang sesempurna kejadian...

Tuesday, January 8, 2013

tahun 2013

Selamat tinggal 2012, yang penuh dengan kenangan suka dan duka...... Ketawa dan air mata, yang telah pergi tak dapat diulangi yang bakal datang pasti dinanti, harapan semoga kehadiran 2013 memberikan sinar kebahagian kepada keluarga kami......

Monday, October 15, 2012

minggu 14

mgtt 9.10.2012
puasa   : 6.1
lepas   : 6.4

Bp 16.10.2012
jam : 9.00 pagi   : 108/96
jam : 10.30   : 130/90

berat : 4.10 : 90.5
berat:  16.10 : 90.8

natijahnyer kena buat bp test dari 17.10/ 18.10/ 19.10/21.10/ 23.10

23.10 jum lagi doktor.


 bbaby sihat dan aktif baru 80gm....

Sunday, September 23, 2012

SeLaMaT DaTaNg ChInTa

alhmdulilah bersyukur kepada Allah yang maha Esa masih lagi dapat bernafas dan menghirup udara yang nyaman di pagi hari...

Selamat datang chinta... hadirmu seumpama mutiara di lautan yang dalam......

secantik dan sebersih pasir putih di pantai......

masih terasa degupan jantungmu dalam rahim ku...

kita akan terus bersama sehingga ke akhirnya... kuat menghadapi dugaan  bersama.

love you... muaaahhhh


Wednesday, September 19, 2012

Diet & Pemakanan Sewaktu Hamil



Diet & Pemakanan Sewaktu Hamil
Panduan Ibu Hamil
Makan Dengan Bijak & Selamat

Sebaik - baiknya, makanan yang mampu dicerna oleh janin seharusnya diberi keutamaan, melainkan ia benar – benar berkualiti baik. Oleh itu, anda perlu menyediakan diri anda dengan pelbagai maklumat yang paling utama mengenai pemakanan seimbang selama tempoh hamil. Juga, pastikan makanan yang anda makan benar-benar serasi bagi anda dan si kecil. Dengan begitu, janin akan membesar dengan sihat. Bukan itu sahaja, kesihatan ibu yang hamil juga tetap terjamin.

Apakah makanan seimbang yang sesuai sewaktu hamil?

Sejak di awal kehamilan, sebaiknya anda (ibu hamil) menjaga kualiti dan kuantiti makanan yang disediakan.
Dan perlu ketahui juga, anda memerlukan tambahan kalori, protein, vitamin, dan mineral. 
Kenapa? Ia adalah untuk kesihatan si kecil dan juga anda.
Semasa hamil, paras kalori anda perlu ditambah lagi pada peringkat ke-2 dan ke-3. Biasanya, sekitar 285 kcal/hari. Bagaimana dengan protein? Pada kebiasaannya anda hanya memerlukan sebanyak 48 g sehari, tetapi, sewaktu hamil ia harus ditingkatkan kepada 12 g / hari. Begitu juga dengan vitamin dan mineral . Contohnya, asid folik yang tadinya cukup 150 mg/hari, perlu ditambah lagi sekitar 150 mg/hari. Kelihatannya agak rumit ya? Oleh itu, sebaiknya berbincangah dengan doktor anda untuk mengira jumlah zat pemakanan yang harus anda ambil ketika saat kehamilan. Anda juga boleh mengatur keperluan jadual pemakanan anda sewaktu hamil berdasarkan konsep pyramid makanan. Mengikut konsep piramid makanan, semakin ke bawah, semakin besar keperluan yang harus anda penuhi setiap hari.

Lihat pada Piramid Makanan di bawah, urutan keperluan dari atas ke bawah adalah:
_ Lemak dan gula (secukupnya saja)
_ Susu, yogurt, dan keju (2-4 hidangan/hari)
_ Ikan, daging (sapi, ayam), telur, dan sumber protein lainnya (2 hidangan/hari)
_ Sayur dan buah-buahan (4-5 hidangan/hari)
_ Roti, serealia, nasi, dan pasta (4-6 hidangan/hari)
Satu perkara yang anda perlu ketahui, janin anda akan sentiasa menyerap zat-zat yang diperlukan daripada
tubuh anda, oleh itu, jika tubuh anda kekurangan zat yang tertentu, ia akan memberikan kesan kepada diri
anda dan tidak mustahil juga kepada janin anda. Contohnya, janin akan sentiasa mengambil kalsium yang
tersedia ada di dalam tulang anda , oleh itu apabila tubuh anda kekurangan kalsium, anda mungkin akan
mengalami kerapuhan tulang atau osteoporosis kelak.

Satu perkara lagi yang perlu anda ketahui, keperluan zat pada setiap peringkat kehamilan adalah berbeza beza.
Mengapa? Ini kerana, ada zat yang amat diperlukan oleh janin anda secara optimun pada usia
tertentu.

Peringkat ke-1:
Peringkat awal bagi pembentukan organ janin (sistem saraf, otak, jaringan, otot, dan sel-sel darah) dan pembentukan plasenta. Jadi, selain memerlukan makanan yangi seimbang, jangan abaikan keperluan tubuh anda yang memerlukan protein, asid folik, zink, dan zat besi. Perlu diketahui, selain zat besi, hati juga mengandungi vitamin A yang tinggi, ini boleh menyebabkan kesan sampingan kepada bayi dan mungkin akan menyebabkan bayi yang lahir cacat. Oleh itu, elakkan memakan hati, khususnya di peringkat ini.

Peringkat ke-2:
Masa pertumbuhan janin dan plasenta, serta pertambahan volume darah. Jangan lupa, pengambilan protein, kalsium dan zat besi mestilah mencukupi.

Peringkat 3:
Masa untuk mengoptimunkan pertumbuhan otak janin, perlu bersiap sedia untuk persalinan dan
menyusukan bayi. Sekarang, tubuh anda perlu cukup zat besi, kalsium, vitamin B6, dan asam lemak omega-3 (misalnya, dari salmon dan tuna).

perkembangan....

assalamualaikum ..... dan selamat pagi baby.....

hari ini alhamdulilah Ummi bangun dengan keadaan lebih sihat cuma masih mabuk dan masih tak boleh menghidu bau-bauan yang kurang menyenangkan..... Ummi pun dah start minum susu untuk bekalan kalsium tambahan untuk kita berdua.....

semalam indah.... harap hari ini juga indah.... insyaAllah

Ummi dapat merasakan kehadiran mu dalam diri ini, kenapa? kerana setiap kali ummi melakukkan gerakan yang pantas pasti kamu akan memberikan "alarm" sebagai amaran ...... hahahahahahaha macam kelakar kan bunyinya tapi itu lah yang berlaku sekarang.... dan pasti ummi kan cakap "sorry baby ummi nak cepat, ok ok ok..... ummi buat slowly..."

Setiap kali kaki ini melangkah terasa nafas seperti tidak cukup sampai ke paru-paru, terasa jantung begitu cepat mengepam darah.... tapi tak boleh kalau tak berjalan banyak nanti lagi  malas dan pastinya berjalan itu satu senaman ringan yang baik untuk kita berdua....

oh ya .... sebelum Ummi terlupa... semalam walid ade cakap yang walid cari baby tapi degupan jantung baby sangat perlahan, Ummi tak tahu kenapa... tapi Ummi rasa mungkin jantung baby masih terlalu kecil untuk mengepam darah.... baby mesti kuat.... Ummi pun akan kuat juga....

ok lah.... Ummi dah nak start buat keje,  Love you.....