Tuesday, July 26, 2011

RAMADHAN HADIRMU KU NANTI......

Wahai manusia,
Sungguh telah datang pada kalian bulan Ramadhan dengan membawa BARAKAH dan MAGHFIRAH. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya paling penting, jam demi jamnya adalah yang paling utama. Inilah bulan, ketika mana kamu diundang untuk menjadi tetamu Allah dan dimuliakanNya.

Di bulan ini, nafas-nafas kamu menjadi TASBIH, tidurmu menjadi ’IBADAH, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah.. Bermohonlah kepada Allah, Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci, agar Allah membimbingmu untuk melakukan AS-SIYYAM dan membaca kitabNya.

Celakalah, orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan LAPAR dan HAUSmu akan kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedeqahlah kepada kaum fuqara’ dan masakiin.. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda. Sambungkan tali persaudaraanmu, jagalah lidahmu, tahanlah pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangkannya, dan pendengaran mu dari apa yang tidak halalkanmu mendengarnya. Kasihanilah anak-anak yatim, nescaya dikasihi orang anak-anak yatimmu. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu.

Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itulah saat-saat yang paling utama, ketika Allah s.w.t. memandang hamba-hambaNya dengan penuh kasih-sayang, Dia menjawab mereka ketika mereka menyeruNya, menyambut ketika mereka memanggilNya, dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepadaNya. Hiasi lah malam-malam mu dengan amal ibadat dan doa yang tiada penghujung....

Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amalmu, maka bebaskanlah dengan ISTIGHFAR. Punggung-punggungmu berat kerana dosamu, maka ringankanlah dengan memanjangkan sujudmu. Ketahuilah! Allah ta’ala dengan KEBESARANNYA, bahawa Dia tidak akan MENGAZAB orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan MENGANCAM mereka dengan NERAKA pada hari manusia berdiri di hadapan RABBUL’ALAMIIN..

Wahai manusia! Barangsiapa antara kamu yang memberi makan orang-orang mukmin yang berpuasa dia diberi keampunan oleh Allah atas DOSA-DOSAnya yang lalu. "Sahabat– sahabat lain bertanya, “Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian itu.” Rasulullah meneruskan, "Jagalah dirimu dari api neraka walaupun dengan sebiji kurma dan seteguk air.”

“Wahai manusia! Siapa yang membaguskan akhlaqnya di bulan ini, dia akan berhasil melewati titian SIRATHULMUSTAQIM pada hari ketika kaki-kaki tergelincir..! Barangsiapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimilki tangan kanannya (pembantu atau pegawai) di bulan ini, Allah akan meringankan PEMERIKSAANnya di hari kiamat. Barangsiapa yang menahan sifat amarahnye atau kelemahan nye di bulan ini, Allah akan menahan MURKANYA pada hari dia berjumpa denganNya. Barangsiapa yang memuliakan ANAK YATIM di bulan ini, Allah akan meMULIAkannya pada hari dia berjumpa denganNya.. Barangsiapa yang menghubungkan SILATURRAHIM pada bulan ini, Allah akan menghubungkannya dengan RAHMATNYA pada hari dia berjumpa denganNya. Barangsiapa yang memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan RAHMATNYA pada hari dia berjumpa denganNya.

Barangsiapa yang menunaikan SOLAT SUNAT pada bulan ini, Allah akan menuliskan baginya KEBEBASAN dari API NERAKA.. Barangsiapa yang melakukan SOLAT FARDHU baginya ganjaran seperti melakukan 70 SOLAT FARDHU di bulan-bulan lain. Barangsiapa memperbanyakkan SELAWAT kepadaku di bulan ini, Allah akan MEMBERATKAN TIMBANGANnya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa di bulan ini membaca 1 AYAT alQur’am, ganjarannya sama seperti mengKHATAMkan alQur’an pada bulan-bulan lain.

Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu SYURGA diBUKA kan lagi bagimu, maka mintalah agar Tuhanmu tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu NERAKA TERTUTUP, maka mohonlah kepada RABBmu agar tidak pernah bukakannya bagimu. SYAITAN-SYAITAN TERBELENGGU, maka mintalah agar ia tidak lagi pernah menguasaimu.” Amirul Mukminin k.w. berkata:"Aku berdiri dan berkata, Ya Rasulullah! Apakah amal paling utama di bulan ini?” Jawab Rasulullah,"Ya Abal Hassan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah dengan MENJAGA DIRI dari apa yang telah diHARAMkan Allah”.

Saturday, July 16, 2011

sesuatu yang saya dapat belajar tentang BULAN SYAABAN

1. Hadis-hadis yang berhubung kelebihan atau amalan pada Bulan Syaaban, ada yang sabit dan ada yang tidak. Bahkan terdapat juga amalan-amalan Bulan Syaaban yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat itu, hanya ikutan yang tidak mempunyai apa-apa sumber. Ini seperti amalan sesetengah masyarakat yang membuat juadah khas Bulan Sya’ban dan seumpamanya. Banyak buku-buku yang dijual tentang kelebihan Rejab dan Syaaban itu tidak berasaskan hadis-hadis yang sahih.

2. Dalam sejarah ilmu hadis, ramai pemalsu hadis memang gemar membuat hadis-hadis palsu yang berkaitan dengan fadilat-fadilat. Ini seperti mereka mengada-adakan fadilat-fadilat bulan tertentu, surah tertentu dan seumpamanya. Mereka akan mengaitkannya pula dengan amalan tertentu seperti solat khusus, doa khusus, puasa khusus pada hari atau bulan yang dikaitkan dengan fadilat itu. Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah ( meninggal 643H) menyebut:

“Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah”.( Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadis, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir).

3. Antara hadis palsu yang direka mengenai bulan-bulan:

“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H) (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah).

Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab( lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5/173, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).

Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H):

“Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam”. (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).

4. Namun tidak boleh dinafikan bahawa di sana juga terdapat hadis-hadis yang sahih mengenai kelebihan Bulan Sya’ban. Antaranya apabila bertanya Usamah bin Zaid Nabi s.a.w mengapa baginda banyak berpuasa pada Bulan Syaaban, Nabi s.a.w menjawab:

“Syaaban antara Rejab dan Ramadan, manusia lalai mengenainya. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa” (Riwayat al-Nasai, dinilai hasan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah 4/522).

Aisyah r.aha juga menyebut:

“Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

5. Hadis-hadis yang disebut di atas dan riwayat-riwayat yang lain menunjukkan kita amat digalakkan berpuasa sunat pada Bulan Syaaban. Perbuatan berpuasa pada Bulan Syaaban adalah sunnah yang sabit daripada Nabi s.a.w. Amalan sebahagian masyarakat yang suka berpuasa pada Bulan Syaaban adalah amalan soleh.

6. Adapun Nisfu Syaaban, atau pertengahan Syaaban (15 haribulan), terdapat hadis yang sahih tentang kelebihannya di samping banyak hadis palsu mengenainya. Juga tidak terdapat hadis yang sabit mengenai amalan khusus seperti solat khas pada malam tersebut. Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam kitabnya yang masyhur al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab:

“Solat yang dikenali dengan solat al-Raghaib iaitu dua belas rakaat ditunaikan antara Maghrib dan Isyak pada Jumaat pertama Bulan Rejab, juga Solat Malam Nisfu Syaaban sebanyak seratus rakaat; kedua-dua solat ini bidah lagi mungkar yang jelek. Jangan kamu terpengaruh disebabkan keduanya disebut dalam Kitab Qut al-Qulub dan Ihya ‘Ulum al-Din. Jangan juga terpengaruh dengan hadis yang disebut dalam dua kitab berkenaan kerana kesemuanya palsu. Jangan kamu terpengaruh dengan sesetengah imam yang keliru mengenai kedudukan hadis-hadis kedua solat berkenaan” (4/56. Beirut: Dar al-Fikr).

Al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H) menyebut dalam al-Fawaid al-Majmu’ah fi al-Ahadith al-Maudu’ah:

“Telah diriwayatkan mengenai solat malam Nisfu Syaaban dari pelbagai riwayat, kesemuanya batil lagi palsu” (ms 72. Mekah: Maktabah Mustafa Baz).

7. Pun begitu tidak dinafikan ada hadis yang sahih Nabi s.a.w menyebut:

“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani menilai sahih dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 3/135).

Maka, sewajarnya apabila hal ini diberitahu oleh Nabi s.a.w, maka kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci. Syirik dan permusuhan antara muslim adalah sebab seseorang itu tidak diampunkan. Selain itu dua dosa tersebut, mudah-mudahan kita semua diampunkan.

8. Dr Yusuf al-Qaradawi ada mengulas tentang amalan malam Nisfu Syaaban dengan katanya:

“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu doa yang panjang, yang menyanggahi nas-nas (al-Quran dan Sunnah) serta bercanggahan dan bertentangan pula isi kandungannya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidah, dan setiap yang bidah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

9. Namun begitu, janganlah kita terlalu cepat menghukum. Apa yang disebut oleh Dr al-Qaradawi itu adalah kaedah umum. Sesuatu masyarakat atau seseorang individu mungkin mempunyai keuzuran yang tersendiri. Kemungkinan mereka tidak tahu, atau mereka dihalang ilmu untuk sampai kepada mereka dan seumpamanya. Kemungkinan besar jika mereka tahu, mereka tidak akan melakukan hal yang demikian. Tujuan mereka baik, cuma cara sahaja yang wajar dibaiki. Galakan berdoa dan memohon keampunan pada malam Nisfu Syaaban ada asasnya. Penentuan cara sedemikian itu, tidak ditunjukkan oleh nas yang sahih.

Friday, July 15, 2011

kasih ibu.... nukilan Erie Sabrie

Kasih Ibu......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk
menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang
bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut
kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

Tolong pergi kedai $4.00

Tolong jaga adik $4.00

Tolong buang sampah $1.00

Tolong kemas bilik $2.00

Tolong siram bunga $3.00

Tolong sapu sampah $3.00

Jumlah : S$17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan
oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,"Saya
Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayar
malah terhutang ' pada mukasurat yang ditulisnya......