Thursday, December 29, 2011

rapuh- nyanyian opick

Detik waktu terus berjalan,
Berhias gelap & terang
suka dan duka, tangis & tawa tergoris bagai lukisan,
seribu mimpi berjuta sepi hadir bagai teman sejati,
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
ku persembahkan kepadamu yang terindah dalam hidupku,
meski ku rapuh dalam langkah
kerna tak setia kepadamu
namun cinta dalam jiwa hanyalah padamu
maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaimu
dalam dada ku harap hanya dirimu yang bertakhta

*detik waktu terus berlalu semua berakhir PADAMU*

"tErNyaTa HaTi MaNuSia MemAng SeNTiAsA RaPuH"

Tuesday, December 13, 2011

DOA 12 PINTU



Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

sebuah perjalanan hidup... entah kan panjang entahkan pendek...
hargai bila ade, sayangi bile masih di depan mata, bersemuka selagi ade nafas bersisa,
solat waktu hilang entah kemana, menjamu mata ikut suka rase, tak pernah bersyukur dengan ape yang ade, mulut sentiasa lantang berbicara.
Petunjuk jalan dengan cahaya, jalan hidayah menuju Allah, tapi sampi bila perlu derhaka? sampi bila perlu tinggi suara, Rasulallah ajarkan hikmah wal mau izatil hasanah.....

Bonda bukan hidup lama, tinggal hanya habiskan sisa usia hargai dia selagi bernyawa,bukan niat marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Tak mampu duit bukan alasan, kasih sayang lebih penting dari mata duitan. Turunkan amarahmu mungkin kerana tu Allah tidak memberikan kesenangan padamu kerana kamu mudah lupa diri. Lupa pada Allah, lupa pada suruhnya, lupa pada perintah dan laranganya, lupa semuanya......

mengapa?kenapa?bile?bagaimana? jawapan pasti ade di dalam kotak fikiranmu..... masih boleh berbicara dengan nada yang tegas tapi tidak perlu meniggikan suara, redha hidup mu hanya dengan doa seorang ibu

Jangan nanti bile nyawa ditarik Allah baru kamu menyesal, jangan jadi seperti Alqamah yang bondanye tidak menghalal kan susu yang mengalir dalam tubuhnya....

apabila kita beriman pada Allah mengingati suruhanya insyaAllah kita dijalan yang benar sekiranya melakukan dosa bertaubatlah lagi ade ruang dan peluang......


**mengingatkan diri sendiri yang kekadang lupa pada sesetengah perkara**

Tuesday, December 6, 2011

cinta disebalik serpihan kaca yang retak....

di sudut sebuah bilik yang kecil masih terlihat cermin kaca di almari solek yang bersinar dek pancaran matahari yang masuk melalui celah-celah langsir. liuk lentok langsir yang ditiup angin kipas dinding membuatkan aku terpesona dengan kilauan itu, namun aku masih mencari kekuatan disebalik kelemahan yang entah mengapa menerjah seluruh otot tubuhku.
"arghhh... letihnye badan hari ini" ujarku di dalam hati.
akhirnya dengan lenggong yang malas aku menuju ke arah tingkap dan menyingkap langsir. Ku ikat langsir pada tiang dinding yang telah ku pakukan penyangkut supaya cahaya matahari memancar sepenuhnya ke dalam bilikku yang sedari tadi nampak suram dan gelap.
aku mendongakkan sedikit kepala ke dinding di sebelah kanan ku sambil memerhatikan jam dinding yang ku beli di IKEA setahun yang lalu, lalu ku amati.
memandangkan mata ku yang rabun kecil besar aku cuba mencari nombor yang paling tepat "ohhh dah pukul 8.oo pg rupanya".
jarang-jarang aku tidur semula selepas solat subuh tetapi hari ini badan ku terasa terlalu letih sehingga tidak dapat digambarkan betapa sakitnye kaki dan badan selepas berlatih di gym bersama sahabat karibku Nur Qaseh semalam.
Nur Qaseh seorang gadis yang periang dan peramah cukup pandai menyanyi. Dia yang mengajak ku ke gym untuk menyihatkan badan. aku sentiasa teruja melihat susuk tubuhnya yang kecil molek kekadang ade lelaki suka mengusik dan memanggil sahabat ku sebagai "Shabby" (yang bermasuk kecil, comel, montok). hish kalau bercerita pasal dia baik tak yah masukkan dalam blog aku. aku mengambai tuala yang aku sidai di ampaian beranda di luar biliku. sambil menyanyi-nyanyi aku masuk ke bilik air untuk mandi. "burrrrrr" bunyi air. "Sejuknyeeeee" aku menjerit terkejut....... (bersambung)

Friday, November 11, 2011

mencari atau mengali?

kalau tiada di darat
carilah di laut...
kalau tiada di laut
maka carilah di sungai....
kalau tiada di sungai...
carilah di mana sahaja...
asal mampu kita untuk terus mencari
mencari.... dan terus mencari....
mencari sesuatu yang diredhai....
walaupun kita harus mengali hingga kehujung dunia
mengali dan terus mengali hingga ke atmosphera terkahir...
asal ada nyawa dikandung badan...
jangan putus usaha dan berusaha....
hanya untuk mencari rezeki yang halal dan di
redhai.....
kerana di situlah mula asal titik darah daging yang mengalir dalam tubuh...
untuk terus beribadat hanya Kerana Allah......

Monday, September 19, 2011

AL-Quran...

Apabila kita membawa Quran, syaitan pening kepala.
Apabila kita membuka Quran, syaitan rebah.
Apabila syaitan melihat kita membaca Quran, dia ketakutan dan pengsan.
Apabila syaitan melihat kita membaca dan mengamalkan setiap hari, ia akan menjauhi dan berada jauh dgn kita krn malaikat bersama kita selalu.
Apabila syaitan melihat kita mencintai Quran, dia lari.
dan apabila sahaja anda hendak 're-post' dakwah ini, syaitan akan membisikkan "tak payah lah"
terima kasih "Aishah Zul"

Tuesday, July 26, 2011

RAMADHAN HADIRMU KU NANTI......

Wahai manusia,
Sungguh telah datang pada kalian bulan Ramadhan dengan membawa BARAKAH dan MAGHFIRAH. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya paling penting, jam demi jamnya adalah yang paling utama. Inilah bulan, ketika mana kamu diundang untuk menjadi tetamu Allah dan dimuliakanNya.

Di bulan ini, nafas-nafas kamu menjadi TASBIH, tidurmu menjadi ’IBADAH, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah.. Bermohonlah kepada Allah, Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci, agar Allah membimbingmu untuk melakukan AS-SIYYAM dan membaca kitabNya.

Celakalah, orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan LAPAR dan HAUSmu akan kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedeqahlah kepada kaum fuqara’ dan masakiin.. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda. Sambungkan tali persaudaraanmu, jagalah lidahmu, tahanlah pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangkannya, dan pendengaran mu dari apa yang tidak halalkanmu mendengarnya. Kasihanilah anak-anak yatim, nescaya dikasihi orang anak-anak yatimmu. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu.

Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itulah saat-saat yang paling utama, ketika Allah s.w.t. memandang hamba-hambaNya dengan penuh kasih-sayang, Dia menjawab mereka ketika mereka menyeruNya, menyambut ketika mereka memanggilNya, dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepadaNya. Hiasi lah malam-malam mu dengan amal ibadat dan doa yang tiada penghujung....

Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amalmu, maka bebaskanlah dengan ISTIGHFAR. Punggung-punggungmu berat kerana dosamu, maka ringankanlah dengan memanjangkan sujudmu. Ketahuilah! Allah ta’ala dengan KEBESARANNYA, bahawa Dia tidak akan MENGAZAB orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan MENGANCAM mereka dengan NERAKA pada hari manusia berdiri di hadapan RABBUL’ALAMIIN..

Wahai manusia! Barangsiapa antara kamu yang memberi makan orang-orang mukmin yang berpuasa dia diberi keampunan oleh Allah atas DOSA-DOSAnya yang lalu. "Sahabat– sahabat lain bertanya, “Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian itu.” Rasulullah meneruskan, "Jagalah dirimu dari api neraka walaupun dengan sebiji kurma dan seteguk air.”

“Wahai manusia! Siapa yang membaguskan akhlaqnya di bulan ini, dia akan berhasil melewati titian SIRATHULMUSTAQIM pada hari ketika kaki-kaki tergelincir..! Barangsiapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimilki tangan kanannya (pembantu atau pegawai) di bulan ini, Allah akan meringankan PEMERIKSAANnya di hari kiamat. Barangsiapa yang menahan sifat amarahnye atau kelemahan nye di bulan ini, Allah akan menahan MURKANYA pada hari dia berjumpa denganNya. Barangsiapa yang memuliakan ANAK YATIM di bulan ini, Allah akan meMULIAkannya pada hari dia berjumpa denganNya.. Barangsiapa yang menghubungkan SILATURRAHIM pada bulan ini, Allah akan menghubungkannya dengan RAHMATNYA pada hari dia berjumpa denganNya. Barangsiapa yang memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan RAHMATNYA pada hari dia berjumpa denganNya.

Barangsiapa yang menunaikan SOLAT SUNAT pada bulan ini, Allah akan menuliskan baginya KEBEBASAN dari API NERAKA.. Barangsiapa yang melakukan SOLAT FARDHU baginya ganjaran seperti melakukan 70 SOLAT FARDHU di bulan-bulan lain. Barangsiapa memperbanyakkan SELAWAT kepadaku di bulan ini, Allah akan MEMBERATKAN TIMBANGANnya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa di bulan ini membaca 1 AYAT alQur’am, ganjarannya sama seperti mengKHATAMkan alQur’an pada bulan-bulan lain.

Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu SYURGA diBUKA kan lagi bagimu, maka mintalah agar Tuhanmu tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu NERAKA TERTUTUP, maka mohonlah kepada RABBmu agar tidak pernah bukakannya bagimu. SYAITAN-SYAITAN TERBELENGGU, maka mintalah agar ia tidak lagi pernah menguasaimu.” Amirul Mukminin k.w. berkata:"Aku berdiri dan berkata, Ya Rasulullah! Apakah amal paling utama di bulan ini?” Jawab Rasulullah,"Ya Abal Hassan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah dengan MENJAGA DIRI dari apa yang telah diHARAMkan Allah”.

Saturday, July 16, 2011

sesuatu yang saya dapat belajar tentang BULAN SYAABAN

1. Hadis-hadis yang berhubung kelebihan atau amalan pada Bulan Syaaban, ada yang sabit dan ada yang tidak. Bahkan terdapat juga amalan-amalan Bulan Syaaban yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat itu, hanya ikutan yang tidak mempunyai apa-apa sumber. Ini seperti amalan sesetengah masyarakat yang membuat juadah khas Bulan Sya’ban dan seumpamanya. Banyak buku-buku yang dijual tentang kelebihan Rejab dan Syaaban itu tidak berasaskan hadis-hadis yang sahih.

2. Dalam sejarah ilmu hadis, ramai pemalsu hadis memang gemar membuat hadis-hadis palsu yang berkaitan dengan fadilat-fadilat. Ini seperti mereka mengada-adakan fadilat-fadilat bulan tertentu, surah tertentu dan seumpamanya. Mereka akan mengaitkannya pula dengan amalan tertentu seperti solat khusus, doa khusus, puasa khusus pada hari atau bulan yang dikaitkan dengan fadilat itu. Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah ( meninggal 643H) menyebut:

“Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah”.( Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadis, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir).

3. Antara hadis palsu yang direka mengenai bulan-bulan:

“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H) (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah).

Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab( lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5/173, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).

Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H):

“Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam”. (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).

4. Namun tidak boleh dinafikan bahawa di sana juga terdapat hadis-hadis yang sahih mengenai kelebihan Bulan Sya’ban. Antaranya apabila bertanya Usamah bin Zaid Nabi s.a.w mengapa baginda banyak berpuasa pada Bulan Syaaban, Nabi s.a.w menjawab:

“Syaaban antara Rejab dan Ramadan, manusia lalai mengenainya. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa” (Riwayat al-Nasai, dinilai hasan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah 4/522).

Aisyah r.aha juga menyebut:

“Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

5. Hadis-hadis yang disebut di atas dan riwayat-riwayat yang lain menunjukkan kita amat digalakkan berpuasa sunat pada Bulan Syaaban. Perbuatan berpuasa pada Bulan Syaaban adalah sunnah yang sabit daripada Nabi s.a.w. Amalan sebahagian masyarakat yang suka berpuasa pada Bulan Syaaban adalah amalan soleh.

6. Adapun Nisfu Syaaban, atau pertengahan Syaaban (15 haribulan), terdapat hadis yang sahih tentang kelebihannya di samping banyak hadis palsu mengenainya. Juga tidak terdapat hadis yang sabit mengenai amalan khusus seperti solat khas pada malam tersebut. Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam kitabnya yang masyhur al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab:

“Solat yang dikenali dengan solat al-Raghaib iaitu dua belas rakaat ditunaikan antara Maghrib dan Isyak pada Jumaat pertama Bulan Rejab, juga Solat Malam Nisfu Syaaban sebanyak seratus rakaat; kedua-dua solat ini bidah lagi mungkar yang jelek. Jangan kamu terpengaruh disebabkan keduanya disebut dalam Kitab Qut al-Qulub dan Ihya ‘Ulum al-Din. Jangan juga terpengaruh dengan hadis yang disebut dalam dua kitab berkenaan kerana kesemuanya palsu. Jangan kamu terpengaruh dengan sesetengah imam yang keliru mengenai kedudukan hadis-hadis kedua solat berkenaan” (4/56. Beirut: Dar al-Fikr).

Al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H) menyebut dalam al-Fawaid al-Majmu’ah fi al-Ahadith al-Maudu’ah:

“Telah diriwayatkan mengenai solat malam Nisfu Syaaban dari pelbagai riwayat, kesemuanya batil lagi palsu” (ms 72. Mekah: Maktabah Mustafa Baz).

7. Pun begitu tidak dinafikan ada hadis yang sahih Nabi s.a.w menyebut:

“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani menilai sahih dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 3/135).

Maka, sewajarnya apabila hal ini diberitahu oleh Nabi s.a.w, maka kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci. Syirik dan permusuhan antara muslim adalah sebab seseorang itu tidak diampunkan. Selain itu dua dosa tersebut, mudah-mudahan kita semua diampunkan.

8. Dr Yusuf al-Qaradawi ada mengulas tentang amalan malam Nisfu Syaaban dengan katanya:

“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu doa yang panjang, yang menyanggahi nas-nas (al-Quran dan Sunnah) serta bercanggahan dan bertentangan pula isi kandungannya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidah, dan setiap yang bidah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

9. Namun begitu, janganlah kita terlalu cepat menghukum. Apa yang disebut oleh Dr al-Qaradawi itu adalah kaedah umum. Sesuatu masyarakat atau seseorang individu mungkin mempunyai keuzuran yang tersendiri. Kemungkinan mereka tidak tahu, atau mereka dihalang ilmu untuk sampai kepada mereka dan seumpamanya. Kemungkinan besar jika mereka tahu, mereka tidak akan melakukan hal yang demikian. Tujuan mereka baik, cuma cara sahaja yang wajar dibaiki. Galakan berdoa dan memohon keampunan pada malam Nisfu Syaaban ada asasnya. Penentuan cara sedemikian itu, tidak ditunjukkan oleh nas yang sahih.

Friday, July 15, 2011

kasih ibu.... nukilan Erie Sabrie

Kasih Ibu......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk
menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang
bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut
kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

Tolong pergi kedai $4.00

Tolong jaga adik $4.00

Tolong buang sampah $1.00

Tolong kemas bilik $2.00

Tolong siram bunga $3.00

Tolong sapu sampah $3.00

Jumlah : S$17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan
oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,"Saya
Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayar
malah terhutang ' pada mukasurat yang ditulisnya......

Monday, June 27, 2011

Israk Mikraj

Memandangkan Peristiwa bersejarah ini akan jatuh pada esok hari 29hb Jun 2011 bersamaan dengan 27 Rejab 1432, mari kita hayati sejarah ini.....

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

SUMBER:

http://fullfilth.blogspot.com

Tuesday, June 21, 2011

yang pernah ....

Date: 2007/11/27
Subject: SAYANGKU luahan hati hanya untuk mu....
To: abg zahari <jjh4673@gmail.com>


mungkin hanya Tuhan yang tahu segalanya

apa yang ku inginkan di saat2 ini...

ohhhh

kau takkan percaya.... kau satu di hati......

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yg telah pun terbuka untuk kita.

Teman yg paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yg pernah kita rasai.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yg kita rindukan sehinggalah "Ianya" hadir.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam utuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang... .

Carilah seseorang yang bisa membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang anda inginkan, pergilah ke mana-mana yg anda ingin tujui dan jadilah apa yg anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yg cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yg cukup utk membuatkan anda kuat, kesedihan yg cukup utk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yg cukup utk membuatkan anda bahagia... .

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yg terbaik. Mereka hanya membuat yg terbaik dalam hampir apa saja yg datang didalam hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yg menangis, mereka yg terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yg telah mencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan manusia yg telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn tangisan... .. Masa depan yg cerah sentiasa berteraskan kehidupan yg lalu yg telah dilupakan Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam " Cinta takkan datang kalau tidak dicari"

dari..

yang selalu menyayangi mu

umi

Sunday, June 19, 2011

hai, rase macam dah lama tak update status kat blog nie sejak dari mac,
maklum saje lah banyak perkara yang perlu diselesaikan, tambahan pula dah nak bercuti pada awal bulan 7 nanti bersama keluarga...

apa tips yang perlu dan mudah untuk merancang perjalanan untuk ke suatu-satu tempat?
senarai barang2 yang perlu dibawa?

Thursday, March 10, 2011

11.03.2011, hemm kenapa aku masih sakit lagi, malam tadi pun tak buleh tido, pusing kiri pusing kanan. membatuk kan diri sampai suara pun dah BERTUKAR hem.. ade petua tak kalau nak hilang kan batuk.... uuuuu sedih nie tak leh buat keje dengan betul...

Monday, March 7, 2011

pengorbanan

untuk mengubat hati yang luka kerna kehilangan laptop pada bulan januari yang lalu semalam (6.03.2011) gagahkan diri jugak pegi melawat ke PIKOM pc fair, tapi sungguh menghampakan barang yang dicari telah tiada stok abg kat kedai tu cakap "kalau nak kena order minggu depan ambik kat kedai, tapi x dapat free gift", huhuhu :( akhirnye pegi jugak survey kat Danga city Mall, demi untuk hubby yang tersayang beli lah jugak laptop baru kesian teman tengok, biler tak de laptop keje semua tergendala, ok hubby tu hadiah hari jadi tahun ini dah bagi inadvance :)

Monday, February 14, 2011

sebuah perjalanan

SEBUAH PERJALANAN hidup seorang insan di dalam dunia ini takkan lengkap tanpa berbekalkan secubit perjuangan.

tapi AKU SERING BERTANYA perlu ke berjuang?, kalau kita tahu jalan yang kita akan lalui itu belum TENTU ada penghujungnya?

mengapa KAU mengalah sebelum berjuang? mengapa KAU perlu TAKUT menghadapi kalau KAU belum MELALUI jalan2 itu TERANG ATAU GELAP, SEMPIT ATAU LUAS,

"sesuatu yang bakal kau lalui ITU jadikan ia sebagai SEBUAH PERJUANGAN..., dan sesuatu yang TELAH KAU TEMPUHI jadikan ia sebagi PEDOMAN sebuah perjalanan."


" dan di PENGHUJUNG JALAN PERJUANGAN itu nanti.. kau akan sedar bahawa SEMUA BENDA yang bersifat BARU ada AWAL dan AKHIRAN, seperti jalan cerita dalam drama swasta, slot akasia,zehra mahupun samarinda..... jadi... kenapa kamu perlu takut untuk TERUS BERJALAN?"