Wednesday, September 19, 2012

Diet & Pemakanan Sewaktu Hamil



Diet & Pemakanan Sewaktu Hamil
Panduan Ibu Hamil
Makan Dengan Bijak & Selamat

Sebaik - baiknya, makanan yang mampu dicerna oleh janin seharusnya diberi keutamaan, melainkan ia benar – benar berkualiti baik. Oleh itu, anda perlu menyediakan diri anda dengan pelbagai maklumat yang paling utama mengenai pemakanan seimbang selama tempoh hamil. Juga, pastikan makanan yang anda makan benar-benar serasi bagi anda dan si kecil. Dengan begitu, janin akan membesar dengan sihat. Bukan itu sahaja, kesihatan ibu yang hamil juga tetap terjamin.

Apakah makanan seimbang yang sesuai sewaktu hamil?

Sejak di awal kehamilan, sebaiknya anda (ibu hamil) menjaga kualiti dan kuantiti makanan yang disediakan.
Dan perlu ketahui juga, anda memerlukan tambahan kalori, protein, vitamin, dan mineral. 
Kenapa? Ia adalah untuk kesihatan si kecil dan juga anda.
Semasa hamil, paras kalori anda perlu ditambah lagi pada peringkat ke-2 dan ke-3. Biasanya, sekitar 285 kcal/hari. Bagaimana dengan protein? Pada kebiasaannya anda hanya memerlukan sebanyak 48 g sehari, tetapi, sewaktu hamil ia harus ditingkatkan kepada 12 g / hari. Begitu juga dengan vitamin dan mineral . Contohnya, asid folik yang tadinya cukup 150 mg/hari, perlu ditambah lagi sekitar 150 mg/hari. Kelihatannya agak rumit ya? Oleh itu, sebaiknya berbincangah dengan doktor anda untuk mengira jumlah zat pemakanan yang harus anda ambil ketika saat kehamilan. Anda juga boleh mengatur keperluan jadual pemakanan anda sewaktu hamil berdasarkan konsep pyramid makanan. Mengikut konsep piramid makanan, semakin ke bawah, semakin besar keperluan yang harus anda penuhi setiap hari.

Lihat pada Piramid Makanan di bawah, urutan keperluan dari atas ke bawah adalah:
_ Lemak dan gula (secukupnya saja)
_ Susu, yogurt, dan keju (2-4 hidangan/hari)
_ Ikan, daging (sapi, ayam), telur, dan sumber protein lainnya (2 hidangan/hari)
_ Sayur dan buah-buahan (4-5 hidangan/hari)
_ Roti, serealia, nasi, dan pasta (4-6 hidangan/hari)
Satu perkara yang anda perlu ketahui, janin anda akan sentiasa menyerap zat-zat yang diperlukan daripada
tubuh anda, oleh itu, jika tubuh anda kekurangan zat yang tertentu, ia akan memberikan kesan kepada diri
anda dan tidak mustahil juga kepada janin anda. Contohnya, janin akan sentiasa mengambil kalsium yang
tersedia ada di dalam tulang anda , oleh itu apabila tubuh anda kekurangan kalsium, anda mungkin akan
mengalami kerapuhan tulang atau osteoporosis kelak.

Satu perkara lagi yang perlu anda ketahui, keperluan zat pada setiap peringkat kehamilan adalah berbeza beza.
Mengapa? Ini kerana, ada zat yang amat diperlukan oleh janin anda secara optimun pada usia
tertentu.

Peringkat ke-1:
Peringkat awal bagi pembentukan organ janin (sistem saraf, otak, jaringan, otot, dan sel-sel darah) dan pembentukan plasenta. Jadi, selain memerlukan makanan yangi seimbang, jangan abaikan keperluan tubuh anda yang memerlukan protein, asid folik, zink, dan zat besi. Perlu diketahui, selain zat besi, hati juga mengandungi vitamin A yang tinggi, ini boleh menyebabkan kesan sampingan kepada bayi dan mungkin akan menyebabkan bayi yang lahir cacat. Oleh itu, elakkan memakan hati, khususnya di peringkat ini.

Peringkat ke-2:
Masa pertumbuhan janin dan plasenta, serta pertambahan volume darah. Jangan lupa, pengambilan protein, kalsium dan zat besi mestilah mencukupi.

Peringkat 3:
Masa untuk mengoptimunkan pertumbuhan otak janin, perlu bersiap sedia untuk persalinan dan
menyusukan bayi. Sekarang, tubuh anda perlu cukup zat besi, kalsium, vitamin B6, dan asam lemak omega-3 (misalnya, dari salmon dan tuna).

No comments:

Post a Comment