Sunday, June 19, 2011

hai, rase macam dah lama tak update status kat blog nie sejak dari mac,
maklum saje lah banyak perkara yang perlu diselesaikan, tambahan pula dah nak bercuti pada awal bulan 7 nanti bersama keluarga...

apa tips yang perlu dan mudah untuk merancang perjalanan untuk ke suatu-satu tempat?
senarai barang2 yang perlu dibawa?

4 comments:

  1. 1. Bersikap realistik mengenai risiko dan sebarang kemungkinan membantu anda bersedia apabila ditimpa musibah di negara asing. Elakkan tiba di destinasi pada waktu malam. Jika ia tidak dapat dielakkan, buat tempahan penginapan dengan pengangkutan pergi-balik lebih awal.

    Pastikan anda memiliki wang secukupnya bagi mengelak terpaksa singgah di mesin teler automatik dengan pemandu teksi yang baru dikenali. Jangan mempercayai rakan baru secara membuta tuli, sebaliknya sentiasa menempah teksi atau bas menerusi kaunter khas di lapangan terbang.

    2. Apabila keluar bersiar-siar, perhatikan papan tanda, mercu tanda atau nama jalan. Waspada dengan gelagat orang di sekeliling. Hati-hati sekiranya anda melihat lelaki sama berada di setiap destinasi anda kerana anda mungkin menjadi sasaran geng penjenayah.

    Jika dipelawa untuk bersembang sambil minum dengan lelaki baru ditemui, tolak secara berhemah dan jangan sesekali mendedahkan maklumat peribadi seperti penginapan. Paling penting, jangan beritahu anda melancong secara solo.

    3. Berpakaian perlu mengikut norma dan batasan tertentu mengikut budaya setempat. Aspek ini walaupun kelihatan remeh tetapi dapat mengelakkan anda menjadi tumpuan sekiranya berada di kawasan luar bandar dengan penduduk yang agak konservatif.

    Selain itu, ia menunjukkan anda peka dan hormat terhadap pegangan agama dan budaya walaupun sedang menikmati percutian bersama rakan. Ia juga boleh mengelak seseorang daripada menjadi mangsa gangguan seksual.

    4. Tinggalkan barangan berharga dalam peti keselamatan di hotel. Jika perlu bawa salinan pasport dan kad pengenalan ketika bersiar-siar. Paling utama, jangan memakai barangan perhiasan seperti cincin atau rantai kerana ia hanya mengundang bahaya.

    Ini kerana di negara tertentu, penjenayah sanggup memotong tangan hanya untuk mendapatkan cincin emas, manakala ada juga kes ragut yang berlaku dalam pengangkutan awam yang sesak seperti bas atau kereta api.

    5. Sentiasa bersedia untuk berkenalan dengan pengembara lain dapat memudahkan perjalanan anda. Ini membantu sekiranya anda mengunjungi negara dengan kekangan bahasa seperti India atau China.

    http://anizyn.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Kebaikan bersama rakan:

    * Sepanjang bercuti, anda punya peluang berkongsi semua pengalaman dan saat manis bersama rakan.

    * Bercuti secara berkumpulan lebih seronok ketika makan. Ahli rombongan boleh berborak dan bergelak ketawa, pasti suasana tidak membosankan.

    * Jika sakit, barang dicuri atau ada masalah lain, anda mempunyai rakan yang boleh membantu memberi semangat.

    * Bercuti bersama rakan membuatkan percutian anda lebih mudah dan banyak manfaat.

    Misalnya, jika haus ada rakan yang boleh mencarikan minuman, menjaga beg jika ke tandas atau membantu anda ketika sakit atau tidak larat beratur membeli tiket.

    * Kos percutian menjadi lebih murah jika bercuti bersama rakan kerana anda boleh berkongsi bayaran bilik atau makan.

    * Bagi wanita, bercuti bersama rakan adalah lebih baik terutama ketika bercuti di negara yang didominasi lelaki.

    Kelemahan bersama rakan:

    * Sangat melecehkan ketika membayar sesuatu seperti makan. Si A atau B makan apa, berapa harganya dan berapa bakinya.

    * Akan sentiasa berjalan bersama ke mana saja dan dengan itu, kebebasan anda terbatas.

    * Jika berhadapan dengan masalah, sangat mudah untuk menyalahkan satu sama lain.

    * Anda tidak punya waktu yang boleh dinikmati sendirian kerana rakan anda boleh saja mengajak anda berborak.

    Source : Harian Metro – 1 July 2010

    ReplyDelete
  3. * KONGSI BARANG

    Apabila melancong dengan kumpulan, anda mungkin boleh berkongsi barang-barang mandian seperti sabun, syampu dan lain-lain bersama rakan. Ataupun mungkin boleh menggunakan barangan mandian yang disediakan di hotel penginapan anda.

    * SUSUN RAPI PAKAIAN

    Bagi menjimatkan ruang, lipat atau susun pakaian serta barang ke beg dengan kemas dan rapi. Dengan susunan yang betul, segala barang yang anda mahu bawa boleh dimuatkan dalam satu beg.

    * BAWA PAKAIAN SENANG KERING

    Ada sesetengah individu yang suka membawa baju lebih daripada yang diperlukan. Tabiat itu akan menyumbang kepada pertambahan beg ketika melancong.

    Jadi, untuk menjimatkan ruang, bawalah baju yang cepat kering dan mudah untuk dibasuh. Ia boleh membolehkan anda memakainya berulang kali sepanjang bercuti. Membawa pakaian pakai buang juga boleh membantu.

    * PILIH BEG YANG SESUAI

    Pemilihan beg yang akan di bawa ketika bercuti turut memainkan peranan penting dan perlu mengikut kesesuaian destinasi yang dituju.

    Jika percutian agak santai dan lama selain memerlukan anda sentiasa membawanya, beg galas jenis `backpacks´ adalah beg yang sesuai. Beg beroda juga sesuai bagi anda yang mungkin bekerja sambil bercuti serta tidak perlu membawa beg pakaian setiap kali keluar dari hotel.

    Beg yang mempunyai banyak komponen juga sangat sesuai untuk anda yang mahu bercuti lama. Dengan komponen yang ada, pakaian yang dipakai boleh diasingkan supaya tidak berbau atau mungkin baju itu boleh pakai balik.

    * BEG KHAS UNTUK DOKUMEN PENTING

    Untuk tidak membebankan, menyimpan pasport atau dokumen penting dalam beg pakaian menjimatkan. Bagaimanapun, untuk keselamatan, adalah lebih baik anda membawa beg silang kecil untuk memasukkan pasport atau lain-lain dokumen penting.

    Jangan lupa buat salinan beberapa dokumen penting kerana jika hilang, anda punya maklumat ketika membuat laporan polis.

    Source : Harian Metro – 9 September 2010

    ReplyDelete
  4. banyak kali terjadi kehilangan beg semasa melancong amalkan tips ini....


    * Gantungkan tag nama, alamat dan nombor telefon pada beg anda dan jangan lupa kunci. Anda mungkin boleh meletakkan mangga atau ´padlock´ supaya beg tidak dibuka orang yang tidak bertanggungjawab.

    * Mendaftar masuk penerbangan seawal mungkin juga mampu memastikan beg tidak hilang. Ini kerana dengan mendaftar masuk awal, anda punya cukup masa untuk memasukkan barang ke dalam pesawat.

    * Semak dengan pembantu penerbangan supaya dia melekatkan tag destinasi yang betul kepada beg anda. Mungkin nampak terlalu cerewet tapi ia untuk kebaikan anda juga.

    * Buang segala pelekat atau tag lama yang ada pada beg anda kerana ia boleh mengundang kekeliruan.

    * Ikat reben atau pelekat dengan warna yang cerah pada beg anda untuk memudahkan anda mengenali beg terutama di trangan tuntutan bagasi.

    * Jika anda mempunyai jadual penerbangan yang bersambung, maklumkan kepada pembantu penerbangan anda akan mengambil beg anda di destinasi terakhir.

    * Ambil beg anda sebaik tiba ke destinasi dengan kadar segera. Jangan tinggalkan beg di atas ´carousel´ sementara anda membuat panggilan telefon atau berjalan-jalan di dalam lapangan terbang.

    Source : Harian Metro – 7 October 2010

    ReplyDelete